Perkataan atau ejaan yang betul ialah analisis.
Analisa ialah ejaan lama.
Analisis ialah penyelidikan atau penghuraian sesuatu (keadaan,masalah,persoalan dan lain-lain untuk mengetahui pelbagai aspeknya secara terperinci.
Jom Belajar Bahasa Melayu percuma ,BM senang dan mudah dipelajari, dapatkan tip dan tahu tatabahasa belajar BM asas sekolah rendah dan menengah
Perkataan atau ejaan yang betul ialah analisis.
Analisa ialah ejaan lama.
Analisis ialah penyelidikan atau penghuraian sesuatu (keadaan,masalah,persoalan dan lain-lain untuk mengetahui pelbagai aspeknya secara terperinci.
Strategi (Kata Nama)
1.Strategi
bermaksud perancangan
yang dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor serta persediaan yang teliti untuk mencapai matlamat yang diingini.
Contoh
penggunaan:
a. Strategi belajar yang berkesan dapat membantu murid mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
b.Seorang usahawan
akan menggunakan pelbagai strategi bagi melariskan jualan produknya.
2. Ilmu merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, penaklukan dsb:
Contoh penggunaan:
Strategi perang tidak boleh didedahkan kepada musuh.
3. Taktik dalam peperangan untuk
menyerang musuh:
Contoh penggunaan:
Kemenangan mutlak dalam suatu pertempuran
bergantung kepada strategi yang digunakan.
4 bahasa basahan
Siasat atau muslihat untuk mencapai sesuatu maksud.
Strategik
(Kata Adjektif)
Strategik
bermaksud baik,
elok atau sesuai letaknya(berkenaan kedudukan sesuatu)
Contoh penggunaan:
a. Poster dipasang di lokasi yang strategik untuk
publisiti yang lebih luas.
b. Kedudukan Melaka yang strategik dari segi
perdagangan dan keselamatan
membantu perkembangannya sehingga terkenal di
Timur dan Barat.
Sumber
rujukan : Khidmat Nasihat DBP.
Tatacara bermaksud :
1.Adat resam
2.Adat istiadat
3.Cara dan peraturan
4.Prosedur
Contoh ayat
Pembelian mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuat kuasa.
1.Perkataan yang betul ialah membanyakkan dan memperbanyak.
2.Perkataan membanyakkan dan memperbanyak membawa maksud menjadikan banyak,membuat supaya menjadi banyak dan menambah banyak.
1. Ejaan yang betul ialah analisis
2.Perkataan analisa ialah ejaan lama.
3.Analisis ialah serapan daripada perkataan bahasa Inggeris analysis.
Analisis bermaksud penyelidikan atau penghuraian
sesuatu (seperti keadaan, masalah, persoalan, dan sebagainya) untuk mengetahui
pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dan lain-lain) secara terperinci atau mendalam.
Contoh ayat
Satu analisis tabiat makan secara berlebihan telah dijalankan oleh pakar pemakanan.
Sumber rujukan : Khidmat Nasihat DBP
1.Lebih kurang saja(melakukan sesuatu)
2.Tidak teliti
3.Tidak sungguh-sungguh.
4.Sembarangan.
Contoh ayat :
Jauhi kerja cincai.
Perkataan cincai turut dirakam dalam kamus sebagai kosa kata bahasa Melayu,
tetapi ia merupakan bahasa percakapan dan bukan bahasa standard.
Perkataan cincai merujuk kepada ungkapan atau perkataan yang
ringan, santai, dan tidak terlalu formal. Ia digunakan untuk menyampaikan
sesuatu dengan cara yang mudah dan bersahaja.
Perkataan baru ialah kata bantu.
Kata baru lazimnya digunakan seperti dalam
konteks dia baru sampai,baru sebentar tadi,baru sedar,baru-baru ini dan
sebagainya.
Padanan bahasa Inggerisnya
ialah just.
Perkataan Baharu ialah kata adjektif(Sifat)
Kata Baharu lazimnya digunakan dalam konteks seperti buku edisi baharu dan siswazah baharu dan tahun
baharu.
Padanan bahasa Inggerisnya ialah new.
Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, berkejar-kejaran bermaksud:
1.Berlari beramai-ramai (banyak-banyak)
2.Berlari hambat menghambat (buru-memburu).
Contoh ayat berkejar-kejaran :
Dua tiga ekor ayam berkejar-kejaran apabila Majid
menaburkan padi.
Mengikut Kamus Pelajar perkataan kejar-mengejar bermaksud :
1.Berlari kerana hendak
menangkap, menyerang dan lain-lain.
Contoh ayat :
Dalam drama kejar-mengejar itu,
pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah.
Lemah longlai
Kenapa tiada
tanda sempang.
Perkataan lemah
longlai ialah kata majmuk bukan kata ganda.
Bagaimana pula
dengan perkataan sampah sarap dan bukit bukau.
Kedua-dua perkataan
ini merupakan kata ganda tetapi dieja tanpa tanda sempang.
Sumber rujukan
: Khidmat Nasihat DBP
Penggunaan tanda sempang yang betul.
SALAH |
BETUL |
dwi-bahasa |
dwibahasa |
SeMalaysia |
Se-Malaysia |
anti
Amerika |
anti-Amerika |
kurniaNya |
Kurnia-Nya |
hambaMu |
hamba-Mu |
pro
Malaysia |
pro-Malaysia |
Perkataan mata pelajaran dan sama ada ialah kata majmuk.
Perkataan ini dieja secara terpisah.
Kata ganda bagi mata pelajaran ialah mata-mata pelajaran
1.Cakna ialah kata kerja.
2. Cakna bermaksud ambil peduli, ambil berat.Perkataan ini merupakan dialek Negeri Terengganu.
3.Dialek ini telah digunakan secara meluas dan diterima pakai dalam konteks rasmi.
4.Contoh ayat :
"Sayalah yang cakna makan minum ayah kau".
SALAH |
BETUL |
ibu-bapa |
ibu bapa |
menyoalsiasat |
menyoal siasat |
berkerjasama |
bekerjasama |
kerosakkan |
kerosakan |
penguatkuasa |
penguat kuasa |
SALAH |
BETUL |
acapkali |
acap kali |
adakala |
ada kala |
andai pun |
andaipun |
andaikata |
andai kata |
apa tah |
apatah |
SALAH |
BETUL |
ampangan |
empangan |
analisa |
analisis |
atlit |
atlet |
baucer |
baucar |
bumiputra |
bumiputera |
Ejaan yang betul ialah mengetengahkan.
Mengetengahkan bermaksud :
1.Membawa ke tengah atau menampilkan ke muka.
2.Memberitahu kepada
3.Mengemukakan,mengutarakan,memajukan usul,cadangan dan lain-lain.
Contoh ayat:
Saya akan mengetengahkan isu pusat pelupusan sampah haram kepada pihak berkuasa.