Memaparkan catatan dengan label Istilah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Istilah. Papar semua catatan

Selasa, Disember 19, 2023

Maksud Podcast

1.Podcast bermaksud fail media digital atau audio siar.

2.Hari ini ramai yang menggunakan platform audio siar (podcast) bagi menyuarakan pendapat,berdebat dan sebagainya.

Maksud mitigasi

1.Perkataan mitigasi adalah terjemahan daripada perkataan mitigation (Bahasa Inggeris)

2.Biasanya perkataan ini digunakan dalam bidang pertanian.

3.Namun begitu padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

3.Dalam bentuk kata umum perkataan ini bermaksud pengurangan.

4.Dalam bidang undang-undang istilah mitigation of damage bermaksud pengurangan ganti rugi.


Contoh ayat:

1.Sebanyak 100 projek mitigasi banjir membabitkan peruntukan berjumlah RM80.77 juta telah dilaksanakan  di kawasan yang kerap berlaku banjir .

2. Operasi pembenihan awan (OPA) kini disasarkan menjadi serampang dua mata apabila turut menjadi pelan mitigasi kepada sektor pertanian.


Isnin, Ogos 28, 2023

Perkataan scam dalam bahasa Melayu

Perkataan scam berasal daripada perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud komplot.

Dalam laporan media bahasa Melayu banyak menggunakan perkataan scam.

Penggunaan perkataan scam mengikut konteks dalam bahasa Melayu ialah penipuan dalam talian.

Scam bermaksud penipuan atau perbuatan mengelirukan dengan niat untuk menipu atau mengambil keuntungan secara tidak sah daripada individu atau organisasi yang menjadi mangsa. 

Dalam bahasa Melayu, istilah "scam" juga boleh dirujuk sebagai "penipuan" atau "tipu daya".

Isnin, November 28, 2022

Cerakin

1.Menyelidik atau menyiasat sesuatu keadaan (perbuatan,gejala,ciptaan dan lain-lain)untuk mengetahui sebab.

2.Menghuraikan sesuatu bahan kepada bahagian-bahagiannya.

3.Menghuraikan (memisahkan,menceraikan)sesuatu kepada bahagian-bahagiannya.

Rabu, September 02, 2020

Tadbir urus atau urus tadbir

Tadbir urus atau urus tadbir.Mana satu istilah yang lebih tepat.





Istilah bahasa Melayu yang betul ialah tadbir urus.

Selasa, November 20, 2018

Khamis, Februari 02, 2017

Parkir Atau Tempat Meletak Kereta

Istilah yang lebih tepat ialah 'Tempat Meletak Kereta'

Istilah Coaching & Mentoring

Padanan Bahasa Melayu bagi istilah coaching & mentoring ialah Bimbingan dan Pementoran.

Jumaat, Januari 20, 2017

Lapan Istilah Baharu Bahasa Melayu



Terdapat lapan istilah baharu Bahasa melayu yang sebelum ini menggunakan  Bahasa Inggeris :

1.Tular (viral)
2.Suri teladan (role model)
3.Jerayawara (road show) 
4.Latar pentas (back drop) 
5.Gegantung (bunting)
6.Imej tumpu (highlight)
7.Pascanilai (post mortem)
8.Swafoto (selfie)

Kalau kita tak mulakan siapa lagi yang akan mulakan ? meskipun perkataan ini agak kekok pada mulanya untuk disebut, lama kelamaan akan menjadi biasa.Cuma perlu mengambil masa untuk dibiasakan.

Kajian : 157 Responden

1) 80.9 peratus menyatakan mereka lebih selesa menggunakan perkataan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.


2) 22 peratus berpendapat bahasa Melayu terlalu banyak mengalami perubahan hasil adaptasi daripada bahasa Inggeris yang menyukarkan untuk diadaptasi dalam kehidupan seharian.
3) 86.2 peratus responden langsung tidak menggunakan istilah baru bahasa Melayu itu sebelum ini kerana hampir separuh responden baru menyedari kewujudannya.
4) Selepas mengetahui kewujudan lapan istilah berkenaan, 70 peratus responden mengakui tidak akan menggunakannya dalam perbualan harian dengan alasan ia janggal dan tidak selesa digunakan.
5) Berdasarkan komen diberikan, 25 peratus responden menyatakan kurang pendedahan terhadap istilah itu.
Disesuaikan dari sumber asal Harian Metro