Memaparkan catatan dengan label Karangan Biografi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karangan Biografi. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 02, 2019

Karangan Cita-cita Saya





Soalan :

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk cita-cita saya


Semua orang ada cita-cita. Sebagai murid , kita boleh memasang pelbagai impian untuk menjadi apa sahaja. Itulah hebatnya cita-cita. Kita akan lebih bersemangat untuk belajar mencapai cita-cita yang kita impikan.Suatu hari nanti saya ingin menjadi seorang doktor.

Di sekolah saya menjadi ahli Kelab Doktor Muda. Pengalaman mengikuti lawatan ke sebuah hospital melihat doktor merawat pesakit membuatkan saya semakin bersemangat untuk mencapai cita-cita saya. Sesungguhnya ingin menjadi doktor bukanlah tugas mudah. Saya perlu belajar bersungguh-sungguh. Saya mesti menanamkan minat kepada pelajaran khususnya mata pelajaran Sains.

            Selain itu saya juga memiliki adik  yang sakit saraf. Sekiranya cita-cita saya termakbul, sekiranya adik saya dipanjangkan umur ,saya akan berusaha merawat adik saya sebaik mungkin. Begitu juga orang miskin yang tidak mampu membayar kos rawatan. Sekiranya saya menjadi doktor, suatu hari nanti saya akan memberikan rawatan kepada mereka secara percuma. Itulah azam saya.

            Sesungguhnya, menjadi doktor suatu tugas yang mulia.Pekerjaan ini amat dihormati masyarakat. Membantu orang yang dalam kesusahan atau ditimpa penyakit merupakan satu pertolongan yang sangat mulia.

Semoga cita-cita saya dizinkan tuhan. Setiap hari saya berdoa agar saya berjaya mencapai cita-cita saya. Apa yang paling penting, saya mesti rajin belajar dan berusaha dengan gigih dalam pelajaran.Kejayaan hanya akan datang sekiranya kita berusaha gigih. Suatu hari nanti saya akan bergelar seorang doktor.


Muat turun contoh karangan cita-cita saya di sini 

Isnin, Januari 21, 2019

Karangan Biografi Rakan Baik Saya

Ciri-ciri karangan Biografi

Menceritakan latar belakang dan riwayat hidup seseorang yang dikenali.

Watak yang dipilih seperti :

Ahli politik
Karyawan
Ahli perniagaan
Ahli akademik
Seniman
Ahli sukan berjaya dan sebagainya.

Tuliskan karangan biografi tentang rakan yang paling saya kagumi.


 Semua orang mempunyai rakan. Saya juga ada seorang rakan yang sangat saya hormati dan kagumi. Dia seorang yang pintar, baik tingkah laku dan memiliki rupa paras yang menarik.

 Dia yang saya maksudkan ialah Syamila bt Ahmad.Saya sangat bertuah dapat berkawan dengannya.Dia merupakan rakan sekelas saya. Syamila dilahrikan dalam sebuah keluarga yang berada. Kini kami berumur 12 tahun.

 Bapa Syamila seorang ahli perniagaan yang berjaya. Walau pun demikian Syamila tidak sombong dan sangat berbudi pekerti orangnya. Setiap hari Syamila dihantar oleh pemandu peribadi bapanya. Sikapnya yang suka merendah diri membuatkan kami sangat suka berkawan dengannya.

 Syamila sangat bijak dalam pelajaran. Dia tidak lokek membantu saya dan rakan-rakan lain apabila kami tidak faham soalan bahasa Inggeris semasa mengulangkaji pelajaran pada waktu tambahan petang. Syamila sangat fasih dalam bahasa Inggeris.

 Syamila juga sangan berbakat dalm bidang sukan. Dia serang pemain golf yang sentiasa mewakili sekolah. Dia juga petah berpidato dan sering memasuki pertandingan pidato dan debat bahasa Inggeris.

 Rakan baik saya seorang yang bercita-cita tinggi. Dia ingin menjadi pakar bedah suatu hari nanti. Saya sangat gembira berkawan dengan Syamila. Dilah sahabat baik saya yang sangat saya kagumi.

Lagi contoh karangan Biografi

Khamis, Jun 10, 2010

Biodata Tun Dr Mahathir

     Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.


Beliau merupakan anak bongsu dari sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII  College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.

       Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

       Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

     Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn  atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.

Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.


      Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.