Memaparkan catatan dengan label Karangan Cerita Tindakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karangan Cerita Tindakan. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 07, 2011

Cerita Tindakan

Kamu dan seorang rakan pergi ke sekolah pada pagi Jumaat untuk latihan bola sepak. Tiba-tiba kamu ternampak beberapa orang murid sekolah kamu sedang menconteng dinding bangunan sekolah.Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk menghentikan perbuatan itu.


Rangka Karangan :
Pendahuluan - pergi ke sekolah , menjalani latihan bola sepak - mewakili sekolah ke pertandingan peringkat zon - ternampak beberapa orang murid sedang menconteng dinding bangunan sekolah.

Idea 1
- menghampiri - bertanya -menasihati supaya tidak melakukan perbuatan tersebut- tidak menghiraukan nasihat - meneruskan perbuatan mereka.

Idea 2
-menggertak untuk memberitahu guru - murid tersebut melawan -menggugut akan memukul aku dan rakanku - berasa agak takut kerana mereka ramai.

Idea 3
- turun ke padang -mencari guru - beliau belum tiba -memanggil beberapa orang rakan - menceritakan perkara yang berlaku -meminta bantuan rakan-rakan- menghentikan kejadian tersebut- rakan-rakan bersetuju - kembali ke tempat kejadian.

Idea 4
-menangkap murid-murid tersebut - tidak dapat melawan - menyuruh seorang rakan memanggil guru- terkejut dengan kejadian tersebut - marah dan kesal

Penutup 
-guru mencatat nama murid-murid tersebut - tindakan diambil ke atas mereka - rasa gembira dapat membanteras perbuatan vandalisme -pergi ke padang meneruskan latihan.