Memaparkan catatan dengan label Kata Sendi Nama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kata Sendi Nama. Papar semua catatan

Rabu, Januari 09, 2019

Pada

1.Kata nama arah yang menunjukkan tempat atau diri seseorang.

Contoh ayat :

*Buku itu masih ada pada saya.

2.Kata sendi nama yang digunakan untuk menunjukkan waktu atau untuk menunjukkan kata nama abstrak dalam pembentukan frasa atau ayat.

Contoh ayat :

*Bas kami akan bertolak pada pukul tiga petang.


Image result for clock
*Pada masa ini
*Pada pendapatnya perkara itu mudah sahaja.
*Dalam pada itu,(sementara itu)

3.Kata sendi nama untuk menunjukkan tempat yang terhad 

*Terdapat tahi lalat pada pipinya.




Selasa, Ogos 03, 2010

Daripada

1. kata sendi nama utk menerangkan asal (sumber, bahan dll) sesuatu benda: Kain ini dibuat ~ benang sutera.

2 .kata sendi nama utk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih: Bunga ini lebih wangi ~ bunga itu. Bezakan haiwan jenis mamalia ~ haiwan jenis reptilia. 

3. kata sendi nama yg menyatakan maksud mencegah (melindungi, memisahkan dll): Dia menjauhkan diri ~ bahaya. Dia mencuba melarikan diri ~ rusuhan itu.

4. kata sendi nama yg menunjukkan orang yg memberi (mengirim): Yati menerima sepucuk surat ~ ayahnya.

5. kata sendi nama yg menunjukkan perubahan: Peratus kelulusan meningkat ~ 70% menjadi 85%. 

6. kata sendi nama yg menghubungkan sebahagian dgn keseluruhan: Dua orang ~ anaknya belajar di luar negeri. Faedahnya ialah separuh ~ keuntungan yg diperoleh.