Memaparkan catatan dengan label Sinonim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sinonim. Papar semua catatan

Khamis, November 23, 2023

Terjemahan bagi Web Application

Aplikasi sesawang atau aplikasi web 

Aplikasi sesawang merujuk kepada aplikasi web atau aplikasi dalam talian yang boleh diakses melalui pelayar web atau peranti mudah alih yang bersambungan dengan internet.

Istilah ini biasanya digunakan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Contohnya, aplikasi sesawang mungkin merangkumi platform perdagangan dalam talian, aplikasi perbankan dalam talian, atau rangkaian sosial yang boleh diakses melalui pelayar web atau aplikasi mudah alih. Aplikasi sesawang membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan atau fungsi tanpa perlu memasang perisian pada peranti mereka. Ini memberikan keselesaan dan kemudahan akses kepada maklumat, perkhidmatan, atau fungsi tertentu.


Maksud Pegar

1.Pegar ialah sejenis burung.

2.Dikenali juga sebagai ayam pegar.














Selasih-selasih merak melayang,
     Burung pegar dalam padi;
Minta kasih abang tak sayang,
     Baru tersedar dalam hati.

Rabu, November 22, 2023

Tip atau Tips

1.Perkataan yang betul ialah tip.

2.Tip bermaksud petua atau maklumat dalaman yang sangat berguna.

3.Perkataan tip juga bermaksud (sedikit) wang atau upah yang diberikan kepada pelayan hotel sebagai tanda menghargai khidmatnya.


Contoh ayat :

Bagaimanakah anda boleh menghasilkan karya yang berkualiti ?

Berikut disenaraikan beberapa tip khusus dalam penulisan kreatif seperti puisi,cerpen,novel dan drama.

1.Karya mengandungi pemikiran dan perasaan.

2.Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik.

3.Karya mempunyai nilai-nilai murni.

4.Karya mampu merangsang pemikiran pembaca.



 

Isnin, Oktober 30, 2023

Maksud Subsidi


Subsidi

Bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya daripada kerajaan) yang diberi kepada sesuatu pihak tertentu (seperti perbadanan, kumpulan petani dan lain-lain)


Contoh ayat :

Pelaksanaan subsidi diharapkan dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Jumaat, Mei 26, 2023

Definisi Scam

Perkataan scam berasal daripada perkataan Inggeris yang membawa maksud komplot.

Dalam konteks yang dimaksudkan berkaitan 'Online scam' ialah penipuan dalam talian.

Jumaat, Januari 20, 2023

Maksud perkataan madani

1.Madani berasal dari perkataan arab.

2.Perkataan madani bermaksud maju dari segi pemikiran ,kerohanian dan kebendaan(berkenaan masyarakat, generasi dan sebagainya)

3.Penggunaan perkataan tersebut perlu tepat mengikut makna dan konteks yang diberi.

Oleh itu apa kaitan dengan masyarakat madani ?

Masyarakat madani ialah masyarakat yang maju dari segi pemikiran,kerohanian dan kebendaan, berbudi luhur dan berakhlak mulia.

Jumaat, April 15, 2022

Cenderamata

 Sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan,cenderadurja,cendera hati, tanda mata.

Sabtu, November 21, 2020

Maksud melulur

 


Maksud :

1.menelan bulat-bulat: 2. meluncur masuk dgn mudah. 

(Rujukan :Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Sabtu, November 07, 2020

Maksud Rentan

Perkataan ini disebut semasa pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Malaysia. 

Selasa, Mei 12, 2020

Mahsyur atau masyhur

Ejaan yang betul ialah masyhur


Maksud masyhur :

termasyhur, tersiar ke mana-mana berkenaan sesuatu khabar, kejadian dan lain-lain,diketahui orang ramai; terkenal


(Rujukan Kamus Dewan Edisi keempat)

Selasa, Mac 31, 2020

Apakah perbezaan penggunaan kata cepat, pantas, ligat dan laju?

Perkataan cepat, pantas ligat dan laju membawa maksud yang sama. 
Walau bagaimanapun terdapat perbezaan penggunaannya.

Maksud  perkataan :

Cepat 
1.laju, deras, kencang, pantas (berkenaan gerakan, waktu, kejadian, dan lain-lain)

Contoh ayat : 
Langkahnya makin cepat

Pantas
2.Pantas pula bermaksud 1. cepat, kencang, lekas:

Contoh ayat :  
Ia menarik nafas dengan cepat  dan kuat

Ligat :
sangat cepat gerakannya (berkenaan  gasing, kipas dan sebagainya); pantas. meligat menjadi ligat; bergerak dengan ligat.

Contoh ayat :

1.Matanya bulat memandang kipas yang berputar ligat di atas meja.

2. Gasing yang dilemparkan budak itu berpusing dengan ligat.


Laju : 
1 cepat atau pantas (berkenaan  pergerakan kenderaan, perjalanan dan lain-lain): 

Contoh ayat :

1.Tak usahlah memandu kereta terlalu laju

2.Kipas angin di dalam bilik itu berkisar dengan laju

Rabu, Mac 25, 2020

Pandemik



Wabak  penyakit yang tersebar dengan begitu meluas, sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia.

Ahad, November 26, 2017

simbiosis

Image result for buntal


Makna :

(bio) perkaitan hidup antara dua spesies yang berlainan: 

Related image
Contoh ayat :

Bakteria dan ikan buntal ini hidup secara simbiosis.

bahlul

Image result for bahlul

Maksud :

bangang, bodoh, tongong

Contoh ayat :

engkau betul-betul bahlul, tak ada cita-cita. 

mengunggis

Image result for tikus makan roti

menggigit sedikit-sedikit (berkenaan tikus, arnab, dan lain-lain), mengerip, mengerumit: 

1.Tikus itu ~ roti yg ditinggalkan di atas meja.

Sumber : kamus dbp

Kata

Image result for kata-kata

Sesuatu yang diucapkan (dituturkan), cakap, ujar: 

Contoh ayat :

1.Orang yg angkuh itu juga biasa mengeluarkan kata yang kesat kepada mereka; 

2.Gabungan atau kesatuan bunyi yang mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) 

Sumber : Gerbang kata DBP

Jumaat, Oktober 27, 2017

Bajet

Bajet 2018

Sumber gambar : Sinar Online


Maksud :

1. Belanjawan

2. Mengawal atau menganggar sesuatu dengan hati-hati.

Sumber Kamus Pelajar edisi kedua



Contoh ayat :


Perdana Menteri dijadual membentangkan Bajet Tahun 2018 di Dewan Rakyat pada pukul 4 petang Jumaat ini.



Rabu, Oktober 11, 2017

Isnin, Oktober 02, 2017

Bebola dan bola

Image result for bola atau bola
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, 

bola bermaksud benda bulat atau bujur, padat atau berongga, digunakan dalam permainan atau sukan. 

1.Bola itu dibaling ke dinding dengan kuat.


Image result for bebola ikan



Bebola bermaksud sesuatu (objek dsb) yang berbentuk bulat seperti bola. 

1. Seorang lelaki memegang secucuk bebola ikan sambil berjalan.

Oleh itu, penggunaan bola atau bebola bergantung pada konteks dan konsep istilah tersebut.